Friday 8 June 2012

OH ABBY ABADI

Abby Abadi Tolak Tohmahan Sertai PAS

Posted on 22 May 2012 by BOS

Akhirnya misteri terungkai jugak! Abby Abadi tampil memberi penjelasan di laman Twitter beliau dan menafikan dia hadir dalam majlis PAS kerana minat pada PAS atau mana2 parti politik..kesian PAS, terdesak sgt ke jemput artis kononnya nak kongsikan pengalaman hijrah tapi sebaliknya ada agenda lain..
Sebelum ini, kebanyakan blogger pro pakatan menyalak dengan riang mengatakan bahawa seorang lagi golongan artis bernama Abby Abadi dapat mereka tawan untuk menyertai PAS ketika sama- sama sepentas di Marang, Terengganu.
Namun kegembiraan mereka itu PM sifatkan tidaklah berpanjangan kerana selepas isu tersebut dimainkan, dengan tidak disangka- sangkan Abby Abadi menghadirkan tweet yang seolah- olah menghentam kuat kepala mereka.
Lebih memalukan, Abby Abadi turut mendedahkan taktik busuk mereka untuk mengajaknya beraksi sepentas bersama Nasrudin Tantawi.
Abby Abadi menyatakan, dia sekadar hadir atas jemputan untuk berkongsi pengalaman penghijrahannya kepada muslimin yang sejati.
Rupanya dengan alasan jemputan sebegitu, mereka menjaja gambar dan mengatakan bahawa artis sememangnya sudah menjadi hakmilik kekal mereka.
Taktik murahan sebegini rupanya yang digunakan untuk menarik pengunjung baru..

No comments:

Post a Comment