Friday 11 May 2012

BERSYUKUR DAN TIDAK BERSYUKUR


Terdapat sebuah cerita yang mengisahkan seorang anak murid pondok bertanya kepada gurunya, kenapa murid lain boleh naik ke peringkat kelas lebih atas dan dia masih ditahap yang sama selama beberapa tahun.

Gurunya itu segera mengambil seketul arang dan menandakan di atas dinding yang putih serata bertanya.

"apa yang kamu nampak di dinding ini?", tanya guru itu.

"Saya tidak nampak apa-apa selain titik hitam yang guru tandakan tadi," jawab anak murid ini penuh keyakinan.

"Iniilaho sebabnya kamu tidak dapat naik ke kelas lebih atas," jawab guru itu.

Murid itu tidak faham apa yang gurunya maksudkan dan bertanya lanjut mengenai maksud yang ingin disampaikan oleh gurunya.

Maka gurunya pun menerangkan...

"Dinding yang putih yang besar ini kamu tidak nampak... Tetapi titik hitam yang kecil itu saja yang kamu nampak", jawab guru itu supaya anak lu rindunya akan faham pada kali ini.

Begini jugalah orang yang kita lihat dalam masyarakat kita. Apabila jalan berlopak, apa yang mereka nampak adalah beberapa inci jalan yang berlopak itu. Manakala jalan yang cantik yang lainnya tidak pula dipuji.

Kesalahan orang lain akan dikritik habis habisan seolah-olah mereka dan memimpin mereka maksum.

Kegagalan diri akan diletakkan di atas bahu kerajaan atau syarikat di mana mereka bekerja.

Dengan taktik sebegini mereka ini berfikir, mereka dapat hidup dengan lebihi tenang. Namun hakikat jua mereka merana hari demi hari akibat perspektif mereka yang tidak bersyukur dengan bapa yang ada.

Untuk hidup tenang dan bahagia, tidak ada cara lain selain kita bersyukur dengan segala yang ada di sekeliling kita. Cuba kita lihat persekitaran yang ada di Malaysia hari ini.

Kita boleh hidup dengan aman dan damai, boleh bekerja dan berniaga, boleh lepak sehingga lewat malam dan menoleh tidur lena tanpa ancaman daripada sesiapa.

Kenapa kita tidak pernah nampak dinding ini yang besar? Kenapa kita masih fokus hanya kepada kepada satu titik hitam yang ada?

Teringat pesan seorang guru saya.

"Jika kamu merasa untuk melihat kepada kesalahan orang lain, cuba kamu bau tahi kamu di pagi hari. Jika pada satu pagi itu, tahi kamu berbau wangi, maka itulah saat kamu untuk mencari kesalahan dan kelemahan orang lain, selagi tahi kamu belum berbau wangi, lupakanlah.

"Ingatlah kelemahan yang ada pada kamu itu lebih besar daripada orang yang kamu cari kesalahan itu."

Hidup bahagia dan tenang adalah tujuan setiap insan. Untuk mencapai tujuan ini, jadilah bijak untuk melihat kepada dinding putih yang ada dan bersyukurlah.

UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA



GELOMBANG MERAH!!!









Wednesday 9 May 2012

PAS SESAT KE?.....SESAT KOT.....


Khazan Che Mat

Ketika Badan Perhubungan Pas Terengganu menganjurkan Majlis Mesra Media Februari lalu, AJK Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik memudarkan sedikit kemesraan yang cuba diserlahkan.

Beliau yang tiba dan menyapa kami, tidak berlengah mengheret perbualan dengan mempersoalkan lapopran media berhubung kenyataan MB (Dato' Seri Ahmad Said) yang menggelar Pas sebagai singkatan kepada "Parti Ajaran Sesat".
Abu Bakar Chik

Bakar yang berwajah "bengkeng" yang dikenali dengan kenyataan-kenyataan kerasnya menganggap tuduhan itu suatu yang dianggap cukup berat dan memberi tempoh tiga hari untuk Ahmad menarik balik kenyataan itu, sebelum tindakan diambil.

Beliau yang kelihatan cukup serius ketika kalangan kami pula bersahaja memanjangkan perbualan dengan bertanya apa salahnya dengan "gelor" (gelaran) itu, sebagaimana UMNO dan penyokongnya dikafirkan sekian lama.

Mungkin bagi Abu Bakar tuduhan menyentuh akidah tuduhan menyentuh akidah dan tidak pernah ditarik balik itu yang menyemarakkan api sengketa sesama Islam ketika setiap ceramah mereka disamakan dengan kerja dakwah dianggap begitu ringan persoalannya.

Tercetus pula cadangan agar Ahmad lakukan sumpah mubahalah yang selama ini ditolak oleh Pas bagi mengelak pemimpin pakatan pembangkang berbuat demikian bagi membersihkan diri daripada kehinaan kerana sarat dengan persoalan moral.

Dan dalam sidang DUN baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Khazan Che Mat bertanya apakah tindakan yang diambil kerana kata dua yang diberikan sudah melewati tiga bulan.

Sidang DUN kali ini juga agak luar biasa sedikit apabila hujah dalam persoalan agama ini tidak begitu disanggah oleh Pas sebagaimana lazimnya dan Khazan menggulung perbahasan dengan jelas dan terang tanpa disanggah.

Ia bermula dengan pertanyaan lisan oleh Ketua pembangkang, Datuk Seri Hadi Awang berhubung ajaran-ajaran di negeri ini yang difatwakan sesat dan apakah garis panduan yang digunakan turut mengambil kira pandangan ulama antarabangsa.

Ternyata Pas tidak termasuk dalam senarai bersama Aurat Muhammadiah, ajaran Azhar Wahab dan ayah Pin berdasarkan hasil kajian dan keputusan majlis fatwa berkaitan dengan ajaran  dan fahaman bertentangan dengan akidah, syariat Islamiah, Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Namun Khazan menyifatkan gelaran terhadap Pas itu ada asasnya dan kerana Pas telah banyak melakukan pembohongan dan penyelewengan dengan mempolitikkan agama yang perlu dihentikan.

"Kurang bijaksana jika kerajaan bertindak melalui proses pentadbiran kerana boleh timbul tanggapan lain bahawa kerajaan bertindak semata-mata untuk mengekalkan kuasa parti kerajaan," ujarnya.

Isu Pas merupakan persoalan politik yang lebih wajar ditanggani melalui penjelasan parti kerajaan kepada masyarakat bahawa parti itu memperjuangkan Islam dengan cara yang tidak betul atau dengan perkatan lain "sesat".

Sukar untuk ditepis bahawa apa yang berlaku dalam masyarakat  berpunca daripada ajaran yang difatwakan oleh pemimpin Pas yang menjadikan parti itu seolah-olah agama yang menjadikan penentu sama ada syurga atau neraka.

Tidak menyokong parti Pas cuba diberi gambaran seolah-olah tidak menyokong agama dan terkeluar dari agama sedangkan tidak semua urusan hidup itu agama. Contoh lampu jalan itu urusan dunia, terserah sama ada nak tukar lampu merah dari berhenti kepada berjalan. Tidak sebagaimana urusan agama seperti sembahyang subuh tidak boleh dibuat 4 rakaat.

Dalam pelbagai perkara berkaitan kehidupan seperti politik, perniagaan, perkahwinan, makan minum, hubungan keluarga merupakan urusan dunia dengan panduan agama.

Kita tidak boleh terus dikelirukan, kerana politik ada tunjuk ajar panduan oleh agama tetapi bukan bererti ia agama, cuma agama diambil sebagai panduan.

"Agama juga mengajar jual beli yang menjadi urusan dunia dan ia boleh dilakukan di masjid tetapi tidak wajar berjaja dan berkempen melariskan produk dengan turut menjanjikan pahala dilakukan di situ."

"Nak bercakap politik boleh, seperti adab berpolitik, tanggungjawab pemimpin dan rakyat tetapi apabila kita (parti) untuk didagangkan, inilah yang merosakkan institusi masjid dan porak perandakan masyarakat," ujar Khazan.

Abdul Hadi Awang

Justeru apabila terdapat saranan dan arahan politik jangan dicampur adukkan dan dibawa ke dalam masjid, UMNO dianggap menolak agama dan berfahaman sekular dan ia terus dijaja sehingga kini untuk mendapat pulangan politik.

"Nabi s.a.w menyebut bahawa ini duniamu dan kamu lebih tahu mengenai urusan duniamu."

"Hanya mereka yang berfahaman syiah mengaitkan politik dan pemerintah sebagai urusan agama apabila kuasa nabi mahu diturunkan kepada keturunan baginda," ujar Khazan.

Perpecahan dikalangan umat Melayu dan Islam berlarutan sekian lama kerana mengejar kuasa politik dan soal siapa yang lebih Islam dijadikan sandaran untuk membezakan parti yang lebih baik dan boleh dipercayai. Ia sampai ke satu peringkat keterlaluan bahawa mengundi Pas untuk menegakkan negara Islam menjanjikan syurga-tentunya suatu yang menyesatkan kerana masuk syurga bergantung kepada amalan dan akidahnya.

hubungan UMNO dengan parti-parti bukan Islam, suatu yang dianggap menyimpang daripada agama sebelum ini dan dianggap 'wala' yang tunduk kepada kehendak bukan Islam. Sedangkan Pas kini sebenarnya berwatak demikian dengan menggunakan istilah "tahalusiasi" (yang juga bawa makna kerjasama politik) apabila ia bergabung dalam pakatan pembangkang bersama DAP yang terus tegas menolak negara Islam tetapi kian mengukuhkan penguruh hasil kerjasama itu.

Namun ketika pakatan mereka makin erat bayangan ke Putrajaya makin jelas, Hadi yang juga Presiden Pas tiba-tiba bertukar nada mengatakan 'negara Islam' tidak wujud dalam al-Quran dan landasan perjuangan beralih kepada negara berkebajikan.

Sememangnya ada kerjasama yang diizinkan oleh agama dan ada yang ditegah. Yang diharuskan ialah untuk maslahah yang tidak dikorbankan prinsip agama, malah terus memelihara Islam dan menyekat anasir tidak baik.

"kalau kita bekerjasama dengan bukan Islam tetapi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama, suatu jawatan yang paling besar dalam negeri oleh orang lain, apa maknya?," soal Khazan.

"Kita lihat di Selangor dalam usaha mencegah kemungkaran, arak yang dirampas terpaksa dipulangkan dan ini sesuatu yang amat memalukan Islam." ujar Khazan.

Kerana nama Melayu juga UMNO dituduhkan memperjuang asabiyah, atas bangsa semata-mata an mengenepikan perjuangan menegakkan agama, sedangkan dalam konteks negara, Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan," ujarnya.

Islam tidak melarang kasih kepada bangsa dan tanah air. Tiada yang meminta dilahirkan di sini sebagai bangsa Melayu, namun kita berhak merasa kasih dan bangga tanpa menganiaya orang lain. Kerana peralatkan agama, UMNO dilemparkan tuduhan itu dan sedangkan nabi berkata, asabiyah kamu menolong saudara kamu melakukan kekejaman." ujarnya.

Bila ada kalangan pemimpin Pas bernada berlainan menyatakan kebenaran, is ditepis sebagai pandangan peribadi dan kepincangan didedahkan ia didiamkan. Semua ini dituding sebagai mainan musuh politik atau mereka telah termakan hasutan sedangkan dibolehkan pula mengaibkan peribadi pemimpin dan dibiarkan, dibiarkan fitnah.

"Dia kene perbetulkan, sebagai manusia ada salah silapnya dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat," ujar Khazan lagi.

bagi Khazan. Abdul Hadi memikul dosa yang cukup besar yang mengdiamkan segala kesalahan, apatah lagi dia seorang ulama, juga pemimin dan pastinya tahu pula kesalahannya.

Ia menuntut mereka yang berjiwa besar dan Abdul Hadi tentunya akan lebih dihormati, dimuliakan dan dikenang apabila pergi tetapi dia mungkin tidak mempunyai kekuatan lagi apabila tersilaukan kuasa yang dirasakan semakin hampir untuk digapai.

Hadi tidak bercita-cita untuk menerajui negara. Puncak perjuangan kelihatan bukan lagi agama dan kebenaran yang berubah-ubah.

Apabila ada yang merasakan syaitan juga boleh dijadikan kawan untuk kemenangan, justeru kini Hadi dan Pas yang makin seronok mencari untung di jalanan bersama kacau-bilau Bersih membantu memenangkan siapa????

HUDUD BUKAN AGENDA UTAMA PAS JIKA PR PERINTAH NEGARA?

TERENGGANU Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Hudud bukan agenda utama jika PR perintah negara jika PRU 13 ini menjadi milik pakatan rakyat. Teman di sini merasa sangat sedih dan merasakan ISLAM (PAS) terus dipermainkan dan dipergunakan untuk kepentingan politik dalam perjuangan PAS.
 
Sebelum ini HUDUD menjadi modal untuk orang melayu islam kerana hudud dilihat sebagai hukum Allah yang wajib perlu dilaksanakan, sehinggakan apabila adanya pilihanraya kecil atau pilihanraya umun hampir tiba, modal HUDUD inilah yang diutamakan. Teman hairan bagaimana puak-puak PAS ini boleh menerima kenyataan ini sedangkan mereka dulu membenci UMNO kerana mengatakan UMNO menolak hukum ALLAH, tiba-tiba hari ni 10 mei 2012, keluar kenyataan presiden pas itu dalam sinar harian menyatakan HUDUD hukum ALLAH itu bukan agenda utama jika mereka memerintah negara!!!...
 
Teman merasakan PAS terlalu hina dan hilang maruah sebagai PARTI yang ingin perjuang islam kerana mereka ini tunduk kepada rakan pakatan iaitu PKR dan DAP...Pas sentiasa mempunyai alasan jika agenda utama mereka tidak dapat di SUARAKAN dalam pakatan mereka...Pas jelas menipu rakyat...dimana pendirian PAS?...adakah PAS lebih merelakan ISLAM ditindas daripada menjaga hubungan dengan PKR dan DAP?...

Pas sebelum ini lantang menyuarakan isu HUDUD, di mana mereka berceramah di situlah mereka memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka bersungguh sungguh ingin melaksanakan hukum hudud ini...dan paling menyedihkan pas menyalahkan kerajaan UMNO lah sebagai punca berlakunya kejadian rompakan, berjudi, kes rogol, ragut dan lain-lain kerana tidak menjalankan hudud....

Isu terbaru pula tentang BERSIH 3.0....PAS terus menpergunakan rakyat jelata untuk turun berdemotrasi di jalanan bagi menuntut 8 perkara....kali ini A.Samad Said menjadi penganjur bersama Ambiga...kepada orang-orang PAS ...sedarlah, ambiga seorang peguam yang membawa tuntutan  iaitu berkaitan IFC....tahukan apa tuntutan yang ambiga?...ada 14 kesemuanya...diantaranya mereka mahukan rumah ibadat islam sama rata dengan rumah-rumah ibadat lain......kebebasan beragama....islam bukan agama rasmi....lahirnya seorang bayi ke dunia ini tanpa status agama....dan banyak lagi perkara-perkara yang membuatkan kita sebagai seorang islam merasa marah dengan tuntutan si AMBIGA...dalam BERSIH 3.0 yang berlaku baru-baru ini, ambiga membawa tuntutan inilah yang paling utama..isu SPR dan kebebasan media itu hanya sampingan sahaja...jadi kita org melayu islam yang menyertai demostrasi itu tlah di keldaikan...dan mereka orang yang berkempentingan telah berjaya......

Apapun Teman di sini tidak bersetuju dengan presiden pas kerana mengatakan HUDUD bukan agenda utama jika mereka perintah negara...sudahlah negara islam dulu telah ditukar kepada negara berkebajikan..ini pula isu hudud...hinanya PAS......mana maruah PAS???...adakah menghormati DAP dan PKR lebih utama daripada perjuangan ISLAM anda??????
 


Tuesday 8 May 2012

WAHAI ORANG ISLAM TAHUKAN ANDA SIAPA AMBIGA?


Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 yang dijadualkan pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2 namun yang buat demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS. Siapa perkudakan siapa ini?


Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah (baca sini).

Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?


Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007 di Sogo. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.

Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan (baca sini). Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut (baca sini). Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

PAS MEMANG SUKA MEMBURUK-BURUKKAN MB TERENGGANU


Oleh Hambali Abdul Latiff

Tidak adil mempersoal dan menuduh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai tidak menepati janji.
"Saya tidak tahu...saya tidak dimaklum.."
Lagi pun, siapa yang kononnya mengatur pertemuan abang kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali itu dengan Menteri Besar Terengganu di Pejabat Umno Negeri Terengganu di Jalan Sultan Ismail, kira-kira jam 2 petang Rabu lalu.

Cikgu Zakaria @ Supar Ali (Cikgu Ya) menyatakan beliau merasa sangat kecewa terhadap Umno dan Menteri Besar Terengganu  yang seolah-olah mengelak dan tidak mahu bertemu dengannya.

Malah beliau dilaporkan oleh laman web PAS bahawa beliau tidak diberitahu terlebih dahulu, tentang temujanjinya yang dibatalkan.sambil menyifatkan Ahmad Said membatalkan perjumpaan tanpa sebarang pemberitahuan.

Untuk berlaku adil kepada Ahmad Said, saya sebenarnya bertanya Menteri Besar itu sebaik habis Mesyuarat Exco Rabu lalu apakah beliau tahu mengenai pertemuan dengan Cik gu Ya ini?
Saya juga bertanya siapa yang mengaturnya?
Menteri Besar mengatakan tidak tahu akan pertemuan itu dan tidak tahupun Cik gu Ya mahu berjumpanya. “Cik gu Ya mana?” tanya Ahmad Said, “Abang Mustafa Ali...” kata saya.
“Apa hal?” tanya beliau dan tidak tahu pun tujuan sebenar Cik gu Ya mahu berjumpa beliau. 
Apalagi selepas Mesyuarat Exco berkenaan, Ahmad Said mengadakan siding media dan ditemuramah oleh TV3 mengenai program Boat On The Road. 

Ahmad Said yang ‘batuk’ sejak beberapa hari sebelum itu sebenarnya mempunyai temu janji dengan pakar mengenai batuk yang dialaminya itu. Ini bermakna bahawa pihak yang kononnya mahu diadakan pertemuan Cik Gu Ya dan Ahmad Said tidak pun membuat sebarang temu janji.

Persoalannya siapa pemimpin UMNO yang mengatur pertemuan mereka?

Cik Gu Ya juga tidak adil untuk marah-marah kepada ‘receptionist’ (penyambut tetamu) di pejabat Umno...” dan patut sekali beliau dibawa keluar sambil memintanya bertenang.

Laporan media PAS menyebut, abang kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali itu dijanjikan berpeluang bertemu dengan Ahmad Said pada hari Rabu (18 April 2012) sekitar jam 2.30 petang.

Tujuan beliau mahu berjumpa dengan Ahmad Said adalah untuk menggesa agar Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu segera mengambil tindakan melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah Islam termasuk hudud.

Cikgu Ya mahu menyatakan pendiriannya selama ini bahawa pelaksanaan hukum tersebut akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah ‘penyakit’ masyarakat sekarang.

Pertemuan beliau dengan Ahmad Said dilaporkan oleh media PAS kononnya diatur pimpinan Umno pada pertemuannya dengan pegawai kakitangan pejabat Umno negeri beberapa hari lalu.

Pada tahun 2007, pertemuan Cik gu Ya dengan matan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan dimanupulasikan oleh pihak tertentu dan dijadikan bahan kempen Umno untuk pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

Setelah gagal bertemu dengan Ahmad Said semalam, menurut laman web PAS, Cik Gu Ya melihat bahawa tidak ada kejujuran kepada pemimpin Umno Terengganu dan kerana itu akan berdoa dan bermunajat agar PAS menang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang, memerintah negeri dan melaksanakan hudud.

“Cikgu Ya kesal dan berkata beliau akan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar PAS menang dalam pilihanraya umum akan datang,”kata pengiringnya kepada laman web PAS berkenaan.

APAKAH ADIL untuk menuduh seseorang yang tidak tahu dan tidak dimaklumkan dengan kata-kata "mengelak untuk berjumpa" dan TIDAK ADA KEJUJURAN?

KETUA PEMUDA PAS GEMBIRA RAKYAT MALAYSIA(ISLAM) TIDAK DAPAT TUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

Ketua Pemuda PAS anggap tidak ada masaalah demo Bersih di Madinah dan Mekah. Paling banggang dia nak salahkan Umno BN jika kerajaan Arab Saudi kurangkan kuota disebabkan demo haprak Bersih di sana.

Baling batu sembunyi tangan,perangai Nasrudin tak ubah berak tengah jalan tak mengaku taik sendiri.Nasrudin Tantawi bersama timbalannya Nik Abduh baru baru terlibat secara langsung melancarkan Bersih di Madinah dan Mekah.

2 ekor khawarij ini mengotori tanah suci dengan agenda Anwar Israel dan Ambiga LGBT.

Korang puas hati jika umat Islam Malaysia tak boleh tunai Haji dan Umrah hanya nak puaskan hati Anwar & Ambiga?

Nasrudin dihentam teruk hingga tak boleh nak jawap dalam wall FB..

HAJI HADI SEMAKIN MERAPU DAN MEROYAN LAGI

"Meroyan Apa Hadi TIba2 Terfikir Pinda Perlembagaan Untuk Islam "Addin'?

"Yang kita tidak faham kenapa tiba-tiba Hadi meroyan membangkitkan isu negara Islam kerana sebelum ini PAS melaung-laungkan mengenai negara kebajikan...Cakap mudah, laksana susah, apalagi dengan kedudukan sekutu PAS, iaitu DAP tidak akan pernah memberikan ‘lampu hijau’ kepada perkara sebegini...PAS itu minoriti dan majoritinya PKR + DAP…perlembagaan 'Addin' apa yang boleh PAS perkenalkan?"

Meroyan apa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang semakin hilang pengaruh di Terengganu dan dalam PAS ini?

Hadi semena-mena mengatakan pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.

Yang kita tidak faham kenapa tiba-tiba Hadi meroyan membangkitkan isu negara Islam kerana sebelum ini PAS melaung-laungkan mengenai negara kebajikan.

Ahli Parlimen Marang yang juga ADUN Rhu Rendang yang ‘tidak buat apa-apa’ di kawasan Parlimen dan DUNya itu mengatakan Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai Addin.

Beliau menyatakannya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Terengganu Kali Ke-43, di Kubang Lembik di Kuala Terengganu, semalam.

Malah, katanya, ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam.

Cakap mudah, laksana susah, apalagi dengan kedudukan sekutu PAS, iaitu DAP tidak akan pernah memberikan ‘lampu hijau’ kepada perkara sebegini.

Hadi…Hadi…dia lupa ke…kalau pakatan pembangkang perintah lagi teruk…PAS itu minoriti dan majoritinya PKR + DAP…perlembagaan Addin apa yang boleh PAS perkenalkan?
Sanggup langkah mayat Penasihat DAP, Karpal Singh? 
Hadi memang pemimpin mudah lupa dan semakin pelupa… Sepatutnya mengenai Islam dalam perlembagaan ini, PAS jelaskan tujuan dan matlamat sebenar bukan mengatakan perlembagaan yang ada perlu dipinda.

PAS sepatutnya mengajak seluruh ahlinya supaya mengalamkan cara dan amalan hidup sebagai orang Islam dan ‘tidak ikut bontot Ambiga’ dan kalau dilihat ketika perhimpunan Sabtu lepas, unit amal PAS sendiri yang rempuh sekatan polis dan timbulkan kekacauan.

Apakah ini cirri-ciri anggota parti Islam dan sejauh manakah mereka membudayakan dan jadikan Islam sebagai cara hidup?

PAS tidak seharusnya menimbulkan isu-isu provokasi seperti itu yang sering kali dibangkitkan menjelang pilihan raya dalam usaha untuk meraih sokongan politik semata-mata.

PAS sewajarnya bersyukur kerana dengan UMNO menjadi majoriti ketika perjuangan merdeka, Islam dijadikan agama Persekutuan malah yang perlu dilakukan berusaha dan bersyukur untuk merealisasikannya.

Betul sangat kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bahawa cadangan Hadi itu mengarut serta hipokrit, selain keinginan pembangkang untuk meminda Perlembagaan Negara berhubung kedudukan agama Islam hanya janji pilihan raya.

Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu mengulas perkara itu hari ini berkatapembangkang khususnya PAS akan berjanji apa saja termasuk untuk meminda perlembagaan jika ia menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Cakap saja boleh buat (pinda perlembagaan). Mereka ini depan orang Melayu cakap lain, depan orang Cina nada suaranya lain pula. Semuanya hipokrit," katanya mengulas cadangan Presiden PAS itu.

Malah, sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan akan memberi kesan negatif kepada negara.

Seperti kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya, Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya dipertahankan perlu dijadikan sebagai satu dasar, tujuan dan cabaran oleh masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.

"Saya melihat menjadikan Islam sebagai cara hidup itu satu pendapat yang sangat baik tetapi masalah akan timbul apabila ada usaha untuk meminda Perlembagaan.

Walaupun ketika ini disebut Islam sebagai agama Persekutuan, masih ramai orang tidak beramal atau kurang mempraktikkan dan memahami Islam apatah lagi kalau perkataan itu ditanggalkan daripada Perlembagaan kelak," katanya.

Pengerusi Ilmuan Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fadlan Mohd Othman menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu dibuat berikutan mendapat tekanan daripada pakatan pembangkang khususnya DAP sedangkan apa yang diamalkan di Malaysia kini ialah Islam ialah agama dan cara hidup.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata peruntukan mengenai Islam sebagai agama bagi Persekutuan tidak boleh dipinda dan disentuh kerana ia adalah perjanjian kontrak sosial melalui prinsip 'jus soli' yang merupakan teras dan asas Perlembagaan negara.

Ibrahim berkata cara hidup mengikut Islam itu boleh dilaksanakan melalui dasar-dasar nasional serta program yang menjurus kepada Islam dan bukannya dengan meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Haji Hadi buat kenyataan bodoh ikut suka nak cakap. Inilah berpolitik tanpa sedar diri, bercakap ikut sedap mulut dan akhirnya memberi pelbagai kesan tak baik.

Apakah dengan hilangnya Islam sebagai agama rasmi, maka semua agama di iktiraf sebagai sama?

DAP setuju ke? Kenapa ia tidak dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang sekarang?," tanya Ibrahim.

AZMIN ALI SALAHKAN UMNO DENGAN MENDAKWA IBUNYA EJEN UMNO



Azmin Ali, si Tanggang zaman moden atau mungkin lebih tepat dipanggil si Tonggeng, nampaknya nekad untuk meneruskan permusuhan dengan keluarganya termasuk ibunya. Ibunya, yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Mak Tom sudah buntu dalam usahanya untuk mengembalikan Azmin ke pangkal jalan. Kerana itu, sebagai usaha terakhir Mak Tom muncul dalam televisyen, merayu anaknya agar 'membersihkan' diri. Beliau sanggup menanggung malu, berhadapan dengan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan anaknya insaf sebelum terlambat.


Mak Tom tahu dan Mak Tom malu apabila segala kelakuan gelap Azmin, dari segi korupsi, skandal seks mahupun kedayusannya bukan lagi rahsia. Apatah lagi, dengan tindak-tanduk Azmin sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala tuduhan tersebut adalah benar belaka.


Sebagai respon kepada tindakan Mak Tom yang muncul di kaca TV, Azmin Ali sebagai seorang politikus tulen membuat kenyataan menafikan yang dia telah berlaku derhaka kepada ibunya. Namun, saranan Mak Tom agar mengemukakan saman terhadap pihak yang berkenaan serta bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya dari tuduhan skandal seks terbaru langsung tidak diambil pusing oleh Azmin.


Malah, Azmin tergamak menuduh ibunya sebagai dibeli UMNO. Begitu rendah sekali diletakkan martabat ibu sendiri iaitu sebagai wanita tiada harga diri, tiada maruah dan tiada pendirian. Azmin seolah-olah meletakkan taraf ibunya sama dayus dan sama murah seperti dirinya yang sanggup berbuat apa saja demi kemewahan.


Sudahlah Azmin menghancurkan hati Mak Tom dengan bercakap kasar, dan enggan menjenguk beliau sekian lama, kini setelah Mak Tom membuat rayuan terbuka, Azmin bukannya cuba memperbaiki keadaan tetapi menambah lagi penderhakaannya dengan menuduh ibunya sebagai wanita yang boleh dijual-beli dengan wang.
Tidak cukup dengan itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga turut menghentam Mak Tom, menuduh beliau dengan tuduhan yang sama, iaitu dibeli UMNO.



Azmin tahu hal ini dan Azmin tidak peduli jika ibunya dihentam atau dituduh apa saja, asalkan beliau dapat terus bersama Anwar dan dapat hidup mewah di samping Shamsidar walaupun isterinya itu bukan miliknya secara mutlak.


Sampai bilakah drama penafian Azmin ini akan berakhir? Sampai mati?
Penulis bukan berniat untuk mencuba menginsafkan Azmin dengan penulisan kali ini. Lagipun, jika ibu sendiri gagal menginsafkannya apakah daya kita orang yang tiada kena mengena.


Mungkin Azmin sudah tidak ingat mati lagi. Ataupun, sangkanya, wang boleh membantunya di liang lahad. Sedangkan, wang tidak boleh digunakan untuk memudahkan nyawa bercerai dari badan jauh sekali untuk melepaskan diri dari soalan kubur, memudahkan penitian titi siratulmustaqim atau menambahkan berat timbangan pahala di akhirat.
Nampaknya, Azmin lupa bahawa wang tidak membawa apa-apa erti bagi para malaikat.


Sumber Beruang Biru


Psssttt... Memang Anak Derhaka Lah Si Azmin Ali.