Sunday 29 April 2012

PAS SILA SAHUR CABARAN MB TERENGGANU

PAS Kena Sahut Cabaran Menteri Besar Terengganu


 “Saya cabar Pas membiayai pengajian pelajar ini sebab Pas menjadi punca kepada mereka terlibat dalam demontrasi. Saya lihat Pas hanya kutip derma dekat dengan pilihan raya. Sekarang, ambillah tanggungjawab membiayai pengajian pelajar yang tertangguh itu. Bahagi-bahagilah (pembiayaan). Pas berapa orang (pelajar). Parti Keadilan Rakyat pula berapa orang. Tanggunglah,”  - Ahmad Said

 Oleh Zainal Yusof (Jumaat, 20 April 2012)

Bagi saya, satu keuntungan besar rakyat Negeri Terengganu Darul Iman ialah mempunyai seorang Menteri Besar bernama Datuk Seri Ahmad Said. Dulu, kemunculannya disangsikan.

Dulu, kebolehannya dipertikaikan. Dulu, kehadirannya dikutuk dan dihina. Hari ini, seluruh rakyat Terengganu terasa, memang beliau seorang Menteri Besar yang cukup layak dan berkebolehan. Hari ini, bila saya baca akhbar Utusan Malaysia, saya terpandang berita bertajuk ‘Pas dicabar biayai pengajian 9 pelajar ditarik pinjaman di Mesir’.

 Terus berdetik perasaan saya, betul! Kalau saya boleh bersuara di dalam parti Pas, saya juga akan mendesak Pas supaya mengambil tanggungjawab ini. Duit yang Pas kutip setiap masa ketika menganjurkan ceramah, banyak. Gunakanlah untuk pelajaran anak-anak yang mereka hasut ini.

Terima kasih Datuk Seri Ahmad Said. Datuk Seri adalah seorang pahlawan di abad ini. FAM dulu dikenali sebagai persatuan paling kebal pun boleh Datuk Seri gegar. Inikan pula Pas yang sudah Datuk Seri kata sebagai parti ajaran sesat. Apalah sangat kos pelajaran bagi 9 pelajar yang ditarik balik pinjaman ini jika dibandingkan dengan wang yang Pas kutip selama ini dari penyokong-penyokongnya

Sahutlah cabaran tersebut. Kalau tidak mampu, Pas tidak payahlah berpolitik lagi. Bubarkan sahajalah parti yang sudah digelar dengan pelbagai gelaran tersebut. Mana orang-orang kaya dalam PKR?

Keluarkanlah duit untuk membantu pelajar ini. Dulu, mereka inilah yang beria-ia menghasut pelajar-pelajar ini supaya melibatkan diri dalam demontrasi Bersih 2.0. Lepas tu, mereka buat tidak kisah dengan kesan dan akibat dari hasutan mereka itu.

Para pelajar semua, tidak kisahlah yang berada di Mesir atau di mana-mana sahaja, kalau nak buat sesuatu, fikirlah dulu. Fikir panjang-panjang. Saya tertawa (bukan ketawa) membaca kenyataan MB Terengganu yang menasihatkan pelajar supaya tidak mengadaikan masa depan dengan terpengaruh hasutan pembangkang kerana belum sampai masanya untuk mereka berpolitik.

Sebab apa saya tertawa, sebab “belum sampai masanya untuk mereka berpolitik” itu memberi maksud, “kamu semua ni budak-budak lagi. Kalau masih budak-budak, belajarlah dulu. Belajar mengejar diploma dan ijazah”. Kalau malas belajar, akhirnya akan jadi manusia yang “separuh masak”.

Menteri Besar Terengganu tidak berkata demikian. Saya yang mentafsirkan ikut selera saya.

Mungin tafsiran saya ini silap dan mungkin juga tafsiran saya ini betul. Yang rugi ialah mereka yang menghantar kamu ke luar negara, iaitu kedua ibu bapa kamu. Kedua ibu bapa ketika mendapat tahu anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sama ada dalam atau luar negara, tentulah berbangga.

Malangnya, kebanggaan kedua ibu bapa itu tidak dihormati oleh para pelajar biadap ini. Saya petik laporan Utusan Malaysia; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemimpin Pas membiayai pengajian sembilan pelajar di Mesir yang ditarik balik pinjaman kewangan mereka oleh Yayasan Terengganu.

Katanya, Pas perlu mengambil alih tanggungjawab itu kerana menghasut pelajar bertindak mengingkari perjanjian apabila membabitkan diri dengan kegiatan negatif yang menjejaskan kepentingan negara serta Institut Pengajian Tinggi (IPT).

 “Saya cabar Pas membiayai pengajian pelajar ini sebab Pas menjadi punca kepada mereka terlibat dalam demontrasi. “Saya lihat Pas hanya kutip derma dekat dengan pilihan raya. Sekarang, ambillah tanggungjawab membiayai pengajian pelajar yang tertangguh itu. “Bahagi-bahagilah (pembiayaan). Pas berapa orang (pelajar). Parti Keadilan Rakyat pula berapa orang. Tanggunglah,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman, semalam.

Satu hal lagi yang saya nak tergelak ialah ada satu demontrasi diadakan di depan bangunan Yayasan Terengganu dan Wisma Darul Iman, kerana tidak berpuashati dengan tindakan Yayasan Terengganu memberhentikan pinjaman kepada pelajar-pelajar ini.

Maknanya, demontrasi Bersih 2.0 yang pelajar-pelajar di Mesir itu disambut pula dengan demontrasi di bangunan Yayasan Terengganu untuk meminta Yayasan Terengganu membantu pelajar yang sudah kurang ajar ini. Lepas ni, semua hal akan diselesaikan dengan demontrasi dan demontrasi. Budaya ini adalah budaya bodoh zaman ini.

Yang tidak tahu apa-apa, terikut-ikut. Gunakanlah wakil-wakil rakyat yang mereka ada untuk bercakap di Sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Di situlah suara pembangkang didengari oleh kerajaan. Bukan bertempik dengan sepanduk murahan, kononnya menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut. Saya juga kagum dengan kata-kata MB Terengganu, sesetengah mahasiswa ini tidak pernah mengundi pun.

“Jadi, bagaimana mereka boleh mendakwa pilihan raya umum atau proses mengundi di negara ini tidak bersih,” kata Datuk Seri Ahmad Said.

Jadi, kalau ada mana-mana pihak terfikir bahawa mahasiswa universiti ini pandai menyebabkan mereka masuk universiti, ia adalah silap.

Mereka hanya pandai belajar kerana mereka menghafal untuk menjawab soalan. Mereka sebenarnya naif dan bodoh hingga tidak tahu langsung adap dan beradap dalam kehidupan.

Mereka kena belajar untuk hidup dan mereka kena belajar untuk menjadi manusia yang beradap dan tahu adap.

INI LA KEKEJAMAN PUAK-PUAK HIMPUNAN BERSIH 3.0

Buat Rakan Blogger, Facebook, Twiiter, Semboyan Telah Berbunyi - Sebarkan Gambar Dan Video Kekejaman Pakatan Rakyat Ini Ke Seluruh Negara

SUNDAY, APRIL 29, 2012




"Kerakusan untuk menakluk Putrajaya yang dibimbing arahan dari
pemimpin PAS,DAP dan PKR menjadikan mereka para penyokong
Pakatan Rakyat ini Buas sehingga pihak Polis dijadikan Korban"


"Anggota Polis yang teruk dibelasah oleh penyokongBERSIH (PAS,DAP,PKR)
sepertimana didalam video diatas masih lagi dirawat di
Unit Rawatan Rapi (ICU)"

Gomo tidak mahu untuk mengulas panjang namun ingin pinta bantuan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan prihatin dengan pasukan Polis Malaysia untuk bersama sama menyebarkan rakaman video ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahui kebenarannya.


"Belum pun lagi mereka PAS,DAP,PKR menjadi Kerajaan
sudah mula mempamerkan sikap Kejam mereka keatas rakyat.
Jika pihak Polis yang merupakan penguatkuasa undang undang
pun boleh dipukul dan dipijak bagaimana rakyat Malaysia kelak?"

Buat Rakan Blogger, Facebooker,Twiiter dan mana mana medium yang ada diminta untuk menyebarkan sebanyak yang boleh akan apa sahaja video ataupun gambar keganasan yang dilakukan puak Pakatan Rakyat semalam.

Ini lah agenda sebenar mereka semalam iaitu Rusuhan yang akhirnya akan membawa pertumpahan darah. Plan Anwar Ibrahim adalah untuk menjadikan Dataran Merdeka sepertimana Dataran Tahrir namun atas kuasa Allah yang Maha Esa maka niat Jahat Anwar Ibrahim semalam telah GAGAL sama sekali.


"Anggota Polis Trafik ini Patah kaki dan tangan dan pecah kepala
setelah dipukul oleh jentera PAS,PKR dan DAP semalam.
Beliau kini masih di Unit Rawatan Rapi ICU"

Sama sama kita mendoakan agar anggota Polis yang masih lagi menerima rawatan di Hospital akibat dipukul oleh Pakatan PAS,DAP dan PKR segera sembuh. Khidmat mereka Pasukan Polis amat kita perlukan dalam memastikan keamanan Malaysia terus terbela.

Saturday 28 April 2012

PAS MEMANG JIJIK....

Dari petikan akhbar pada 13 April 2012 , Pimpinan Pas Terengganu Datuk Abu Bakar Chik bersetuju dengan sumpah laknat yang pernah diguna pakai oleh Saiful Bukhari dan Datuk Seri Najib Razak pada satu ketika dulu. Berang dengan kenyataan Dato’ Ahmad Said yang melabel PAS sebagai parti ajaran sesat , Datuk Abu Bakar Chik menggesa Dato’ Seri Ahmad Said supaya melakukan sumpah laknat . Walau bagaimanapun , apa yang disarankan oleh Dato’ Seri Ahmad Said ini nampaknya terasa pedas kepada pimpinan PAS .
Dalam artikel Malaysiakini pada 29 April 2011 , Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi peringatan supaya tidak mempermainkan sumpah laknat . (sumber) . Dan pelbagai lagi artikel berkaitan yang menunjukkan perbuatan sumpah laknat ni tak boleh dipakai ! Ini terbukti walaupun Saiful Bukhari, Datuk Seri Najib dan Datuk Eskay bersumpah , pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS menidakkan sumpah yang telah dilakukan oleh 3 orang ini . Jadi apa beza sekiranya dengan Dato’ Seri Ahmad Said ? Apakah sumpah laknat ini diterima apabila PAS selari dengan kehendak nafsu PAS?
Hal ini sebenarnya berkaitan dengan manipulasi isu, mungkin kerana PAS merasa mereka di pihak yang benar maka berani untuk mencabar supaya MB melakukan sumpah laknat . Walau bagaimanapun secara peribadi, apa yang Dato’ Seri Ahmad Said label PAS sebagai parti ajaran sesat ialah mungkin secara perbandingan saja . Ajaran sesat tak beerti sesat dalam agama , tetapi boleh juga ditakrifkan sesat dalam memberikan maklumat yang betul , sesat kerana menipu , memfitnah dan sebagainya , ada juga yang boleh dikaitkan dengan Amanat haji Hadi di Banggol Paradong 1981, dengan mengkafirkan sesama islam.
Ingat lagi pada satu ketika akhbar Harakah ‘menyesatkan’ pembacanya apabila menulis satu artikel berkenaan Anwar Ibrahim ? Dan kini menyanjung Anwar Ibrahim bagaikan khalifah, sehingga sanggup me

INI LA PEJUANG YANG DISAYANGI OLEH PAS


ABAI = Asal Bukan Anwar Ibrahim.  Wahai orang melayu islam, jom ABAI....dah jelas, nyata Anwar ni pengkhianat, buat apa korang masih lagi sayang si jahanam ni!!

AMBIGA SERONOK MELAYU DIKELDAIKAN?

ORANG MELAYU.....orang islam paling ramai dipergunakan dalam kempen bersih ini.

Terlebih dahulu, syabas kepada anggota polis (PDRM) dan anggota FRU kerana berjaya mengawal keadaan walaupun ada segelintir angggota yang bertugas cedera dan paling menyedihkan dikhabarkan salah seorang anggota polis mati dan seorang lagi dilaporkan berada di ICU akibat dibelasah teruk oleh penyokong BERSIH 3.0 ini. Jika benar kematian ini berlaku ke atas anggota polis ini, maka pihak penganjur BERSIH 3.0 ini patut bertanggunjawab, bukan sahaja kecederaan berlaku, tetapi beberapa kenderaan telah dirosakkan oleh penyokong-penyokong ini.
Paling menyedihkan ialah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah menyeru penyokong PAS terutamanya supaya WAJIB hadir ke perhimpunan BERSIH 3.0 ini dan bukan beliau sahaja yang menyarankan supaya menyertai BERSIH ini, tetapi beberapa lagi tokoh ulamak dalam kepimpinan PAS. Amat menyedihkan apabila AMBIGA juga menjadi ketua bersama A.Samad Said dalam mengetuai perhimpunan ini supaya BERSIH 3.0 ini diadakan di Dataran Merdeka, Ibu Kota negara ini yang penuh bersejarah.
Apa yang sedih ialah ULAMAK itu yang juga MB kelantan sanggup mengatakan WAJIB pergi ke perhimpunan itu dan beliau seolah-olah setuju dan gembira apabila huru hara dan kemusnahan harta benda berlaku di Ibu Kota. Selain itu, AMBIGA pasti orang yang paling gembira kerana rancangan beliau untuk menurunkan orang melayu islam supaya terjebak dalam perhimpunan ini dan sekaligus beliau  disokong oleh orang-orang islam. 
Ambiga adalah seorang yang memperjuangkan isu murtad, LGBT dan beliau mahukan anak-anak orang melayu ISLAM hancur!!!!!!!!!!!!!!!...........

Wednesday 25 April 2012

BERMULANYA PERJALANAN SETANDANG PISANG PUTIK

Aku hanya setandang PISANG PUTIK yang belum cukup matang untuk berbloggers di dunia yang penuh pancaroba. Walaupun aku masih PUTIK, tapi aku akan cuba bersaing dengan bloggers2 lain untuk mengutarakan SUARA dan pendapat aku dalam isu-isu semasa yang berlaku dalam negara hari ini. Sekian terima kasih